Wednesday 22 February 2012

KHASIAT MINYAK


Bismillahirrahmanirrohim,

Salam warahmatullah buat para pegunjung yang dirahmati Allah S.W.T
Satu lagi perkara yang hendak dibahaskan secara khusus oleh pengasas adalah mengenai minyak/minyak pengasih.Adakah haram?sekali lagi jika dikatakan haram bermakna seseorang itu masih belum khatam bab hadis sedangkan bab hadis itu wajib jika tidak belajar maka dr sinilah kebanyakan yg membuat hukum sendiri.

INI ADALAH MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA MINYAK PEMBULUH RINDU

Jika dikatakan haram secara tidak langsung sedang mengharamkan minyak yang dipakai Rasulullah yakni minyak kijang putih.Kijang putih mempunyai daya kasih sayang pada jisimnya.Minyak yg mempunyai sifat kasih seperti Minyak Hajar Aswad,minyak sireh dan pelbagai.
Apa pula hukum jampi,adakah anda faham maksud jampi?
Jampi ertinya menggunakan medium perantara sama ada bacaan Quran atau serapah.Jampi hanya pada nama namun memberi maksud yang berbeza.

Rasulullah selalu menggunakan jampi dan air sebagai medium,yaitu lebih dikenali sebagai Ruqyah
Segala pengisian minyak pengasih pengasas adalah berdasarkan Ayatul-Quran sahaja.InsyaAllah cukuplah bahawasanya ayatul-Quran sudah cukup sempurna bagi pengasas.
Hadis berkaitan jampi di dalam Islam mengikut hadis Rasulullah s.a.w :
عَنْ عَوْفِ ابْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ قَالَ كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ فَقَالَ اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ
Ertinya : Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie , beliau berkata : “ Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan jampi-mentera , lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w : Wahai Rasulullah ! Apakah pendapat tuan di dalam masalah ini ? . Maka Baginda s.a.w pun bersabda : Perlihatkan kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak mengandungi syirik , maka tidaklah mengapa ! “. ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) & Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ).

Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawie (ha) menyatakan bahawa sesuatu jampi itu harus dilakukan apabila memenuhi syarat-syarat berikut
  • 1 – Ianya mestilah didasarkan kepada Allah Ta’ala dan nama-nama-Nya.
  • 2 – Ianya mestilah dituturkan di dalam bahasa Arab dan bahasa-bahasa yang difahami maknanya.
  • 3– Hendaklah beriktiqad bahawa jampi itu tidaklah mendatangkan kesan dengan sendirinya , tetapi semuanya dengan taqdir ( kehendak ) Allah Ta’ala.
Sekarang ini kita ambil satu contoh kaitan minyak serta tubuh :
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
AURA merupakan medan tenaga elektromagnetik yang wujud disekeliling kehidupan samada manusia, tumbuhan, haiwan dan jisim-jisim. Mempunyai lapisan warna-warna tertentu yang mempengaruhi tahap perkembangan Mental, Emosional, Fizikal dan Spiritual.
Minyak berkait rapat pada tubuh,akan membuka aura-aura pengasih melalui pelbagai titik cakra tubuh badan.antara titik pembangkit bukan sahaja pada kasih,tetapi kecerdasan otak,nafsu,pengubatan, jantung ,kelenjar Memperkuatkan organ luaran tubuh,melanjutkan usia.
bagaimana pula boleh terjadi begini,sebenarnya pada setiap minyak wangi anda telah mempunyai fungsi yang pelbagai,contohnya menenangkan minda,menjana sel,awet muda sedangkan minyak sudah berfungsi sebagai penarik.Minyak yg wangi pula dibenci makhluk halus.Bagi syaitan ia berbau busuk.Bayangkan pula wanita/lelaki yg berbau harum melalui anda,apakah perasaan anda.itu bergantung pada bau minyak tersebut.Oleh demikian wanita dilarang oleh Rasulullah untuk memakai wangian khuatiri timbul fitnah kecuali untuk menghilangkan bau badan.

Yang membezakan minyak biasa dan luar biasa adalah isi yang terdapat pada kandungan.Boleh diperkuatkan melalui ayatul Quran bagi yang arif dan mengetahui rahsia akannya,bukan buat sembrono sahaja.Kedua adalah faktor semulajadi yang telah Allah S.W.T ciptakan
Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan
tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah
tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan
dengan ada gunanya yang sebenar



 INI ADALAH MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PELBAGAI MINYAK PENGASIH

Minyak pengasih sama sekali tidak diharamkan,sedangkan minyak telah berfungsi sebagai daya ikatan kasih sayang.Jika tiada kasih tiada sayang,sedangkan manusia memerlukan perasaan sayang untuk mengasihi sesama pasangan.”Minyak” Ia adalah faktor pembangkit aura kasih yg terkunci di dalam diri.
Yang mengharamkan adalah penggunaan yang salah sepertimana sabda Rasulullah ,setiap perbuatan adalah berlandaskan niat,jika sembahyang tidak ikhlas tiada lah berguna.Contoh adalah minyak bersifat hitam yang digunakan untuk tujuan sihir jelas haram penggunaannya.Niat yang baik tidak menghalalkan benda yang haram.Haruslah kita fahami hakikat niat dan perbuatan.
Sedangkan minyak putih bertujuan membangkitkan aura dalaman diri,yang akan membuka simpulan tenaga untuk mengenderai kebersihan inti rohani dan jasmani yg secara langsung akan memberikan impak penampilan bagi yang melihatnya.Pelbagai fungsi yang mampu anda peroleh melalui pembangkitan aura,bukan sahaja pengasih.

Agak pelik pengasih pada nama,namun tidak kah pelik aura pada nama sedangkan sifat kasih dan aura adalah hakikat diri anda di dalam genggaman dzat Allah S.W.T
Kita ketahui pula titik aura wajah :
TIGA TITIK UTAMA
Tiga titik utama pada wajah Anda yaitu titik Ying Tang, Yu Yao dan Tay Yang.
  1. Titik Yin Tang berada pada dua alis mata dan tengah hidung titik ini berhubungan terus dengan otak kecil dan bahagian lainnya2.
  2. Titik Yu Yao letaknya ada di tengah-tengah bahagian kening?
  3. Titik Tay Yang pertemuan dari ujung kening bertemu di titik sudut mata sebelah luar.  Ketiga titik ini disebut titik utama dalam dunia aku-punktur atau pemijatan, kerana ketiga titik utama ini berhubungan langsung dengan semua organ yang ada di dalam tubuh.
3 titik meridien ini berhubungan langsung dengan organ utama tubuh seperti jantung, paru-paru, ginjal, usus besar, usus kecil, pankreas, hingga sampai ke organ.  Dimana bila di stimulasi dengan sedemikian rupa, sehingga pembangkitan Aura Wajah tidak hanya sampai pada lapisan epidermis kulit wajah tetapi tetapi dapat sampai juga pada hypodermis yakni bahagian dalamnya.

mengenali diri dalam mengetahui hakikat penghubungan diri dengan alam.

Setiap ciptaan Allah adalah faktor dorongan untuk kegunaan para hambanya.Yang membezakan adalah cara penggunaan.Barang siapa mengatakan tiada perlu pegantara untuk mencapai hajat tidak ubah seperti munafik kerana tidak mengakui keesaan Allah melalui ciptaan-Nya.
Alhamdulillah setakat ini ramai yang memberikan feedback yang positif melalui pengalaman masing2 yg pandai menggunakannya.

Minyak non Alkohol dan halal malah bauan wangi yang menggoda.Moga berkat suci Ayatul Quran segala hajat anda dapat diselesaikan.
InsyaAllah pengasas akan letakkan para testimonial pada masa akan datang.Sebagai bukti minyak adalah 100% asli

Sebenarnya terdapat pemahaman yang lebih detail dan berat namun menyentuh bab tasawwur yang tidak mampu diterima akal kebanyakan.
Sekian sahaja dari pengasas
wassalam

No comments: