Wednesday 22 February 2012

MINYAK LAGI

Bismillahirrahmanirrohim, Assalamualaikum semua.

Dengan ilmu sains yang diberikan Allah SWT kepada manusia mampu membuktikan berbagai-bagai keajaiban yang ada pada manusia, dengan Islam mampu menunjuk jalan kebenaran dan membimbing manusia di seluruh alam ke arah yang diredhai Allah SWT. Setiap makluk di dunia ini hidup berpasangan, lelaki untuk wanita dan juga sebaliknya. Allah SWT telah menciptakan sesuatu yang telah ada pada kaum Adam yang mampu menarik kaum hawa, begitu juga kaum hawa mampu menarik kaum Adam. Sedangkan didalam diri manusia telah mempunyai enzim penarik dan hanya memerlukan faktor dorongan yg terkunci didalam diri. Jika diketahui rahsianya ia adalah perkara yang mudah sahaja. Mari kita huraikan lebih lanjut faktor-faktor yang menjadi penarik kepada kasih sayang dari sudut sains :

Banyak yang tidak dapat dihuraikan melalui faktor ghaib, namun inilah faktor ghaib yang telah dapat diperjelaskan melalui bidang sains. Pheromones sejenis hormon lelaki yang merangsang nafsu semulajadi yang mempunyai kuasa untuk memikat, mempesona, menguja, dan mengoda mana-mana kaum hawa. Pheromones akan meningkatkan daya keterampilan terhadap lelaki secara semulajadi. Dibuktikan oleh saintis antarabangsa! pheromones menjadikan kaun Adam kelihatan seksi dan menawan di mata kaum Hawa. Wanita akan cuba untuk menggoda anda tanpa anda sendiri , wanita akan memandang kearah anda tanpa paksaan dengan kuasa memikat ini, anda pasti akan dapat lebih perhatian, anda akan dapat lebih senyuman dari wanita.

Pheromones adalah bau yang dikeluarkan oleh badan untuk menghantar gelombang yang dapat menarik perhatian orang-orang di sekeliling anda. Melalui pelbagai kajian, saintis mendapati bahawa manusia menggunakan bau sebagai perantara yang mengawal tingkahlaku ketika berkomunikasi, secara disedari atau tidak sedari.  Bau ini sebenarnya dapat menolong anda menarik perhatian dan memikat mereka yang berlainan jantina. Kajian menunjukkan wanita akan memilih lelaki yang mereka suka bukan hanya berdasarkan rupa semata-mata, mereka memilih lelaki yang mereka rasakan ada sifat kelelakian yang kuat. Dan sekarang anda lebih bertuah kerana dengan mengetahui kuasa pheromones, anda boleh membuat mana-mana wanita merasakan perasaan tertarik terhadap anda, pheromone manusia tulen jenis (5-Alpha-Androst-16-En-3-One), yang akan membuat mana-mana wanita yang berada dekat dengan anda merasa tertarik atau selesa kepada anda. Wanita akan memuji bau anda yang begitu menarik dan sedap, sebenarnya mereka tertarik pada pheromones sekiranya ditambah dengan memakai mana-mana wangian. Kajian mengenai pheromones telah membuktikan yang ia boleh menaikkan sifat romantik wanita dan membuatkan mereka inginkan perhatian dari lelaki.

Apa itu pheromones?
Haiwan-haiwan yang hidup di muka bumi ini termasuklah manusia menghasilkan dan bertindak balas terhadap pheromones. Ianya sejenis hormon yang dikeluarkan melalui liang-liang kulit dan hampir tidak berbau. Pheromone hanya dapat dikesan oleh organ (VNO) veromenasal yang terdapat pada pangkal hidung, seterusnya dihantar terus ke otak. Pheromones adalah perangsang nafsu paling berkuasa di dunia! Sesetengah lelaki boleh mengeluarkan pheromones secara banyak, manakala sesetengah lelaki mengeluarkan pheromones terlalu sedikit dan mungkin tidak mengeluarkan langsung. Lelaki yang mampu mengeluarkan pheromone dengan banyak secara semulajadi, mereka kelihatan lebih berkarisma dan mempunyai aura yang menakjubkan. Kadang-kadang, walaupun rupa mereka tidak tampan tidak kaya, mereka dapat memikat gadis-gadis yang sangat cantik dan rupawan! Itulah yang dikatakan body chemistry daya bau badan yang mampu memikat.

Pheromones adalah hormon pemikat wanita yang akhirnya telah berjaya dihasilkan di sebuah makmal (Morgan Labs – di negara Rusia) yang terkemuka! Kebiasaannya pheromone manusia terdapat di celah ketiak ketika perpeluhan berlaku. Pheromone semulajadi ini adalah satu evolusi kehidupan yang sangat menakjubkan. Penemuan saintis mendapati bahawa, wanita memilih lelaki yang bakal menjadi bapa kepada anaknya berdasarkan faktor-faktor PHEROMONE yang dimiliki oleh lelaki yang bakal dijadikan pasangan hidup mereka! Fakta yang menarik dan harus anda berikan perhatian, bukankah begitu? kerana itulah ada segelintir wanita yg sukakan bau ketiak lelaki yg berpeluh, memang pelik bagi kaum lelaki namun itulah daya penarik yg Allah SWT ciptakan sebagai daya tarik kepada kaum hawa. Wasalam semoga bermafaat kepada semua pembaca.

No comments: